Terdapat Dakwaan Cubaan Culik Oleh Lanun Di Perairan Sabah ?

TULAR:
1009

PENJELASAN:

ESSCOM memperjelaskan dakwaan seorang pelakon terkenal yang mengatakan beliau hampir diculik oleh lanun di perairan Sabah yang berada dalam kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali,sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon serta kru disertai oleh pasukan keselamatan terlatih, Pasukan Khas Laut (PASKAL).

“Saya percaya tidak ada cubaan melakukan culik kepada mereka. Kenyataan itu mengundang persepsi negatif orang awam terhadap tahap keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Kenyataan pelakon ini juga amat mengelirukan walaupun ia mungkin hanya gimik promosi filem dan janganlah menggunakan kenyataan ini hanya untuk publisiti murahan bagi menarik minat penonton yang dijangka ditayangkan September 2018. Setakat ini rekod menunjukkan tidak ada sebarang kejadian cubaan culik atau penculikan berlaku sepanjang 2017 dan 2018 (di pantai timur Sabah).”

SUMBER:

Berita Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI