PLUS Tutup Kesemua Lorong Tambah Nilai Mulai 22 Jun 2017?

TULAR:
300

PENJELASAN :

Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperjelaskan laporan berita bahawa kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya PLUS akan ditutup mulai 22 Jun 2017.

Gambar hiasan. Sumber :  The Star

 

Pihak PLUS berkata bahawa lorong tambah nilai di plaza tol lebuhraya PLUS akan ditutup dari 22 Jun hingga 2 Julai 2017 bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri. Menurut PLUS, penutupan selama 11 hari itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

Sehubungan itu, PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUS Miles atau Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi.

SUMBER:

Siaran Media PLUS

Bernama

Harian Metro

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI