PENJELASAN :
Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman memperjelaskan dakwaan bahawa pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ibu kandung yang didakwa telah mendera anaknya, Muhammad Luthhakim Abdullah pada tahun 2016 sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman, ibu kandung Muhammad Luthhakim Abdullah pernah ditahan polis mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, setelah disyaki mendera anaknya itu sebelum dia dibebaskan selepas kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh timbalan pendakwa raya.
Beliau menafikan dakwaan kononnya polis tidak bertindak dalam kes penderaan tersebut yang didakwa dilakukan wanita berkenaan pada 2016 terhadap Muhammad Luthhakim, 10, yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Beliau berkata, polis telah melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk pertuduhan. “Tetapi kes ini diklasifikasikan NFA oleh timbalan pendakwa raya, mungkin atas alasan kekurangan bukti.”
SUMBER :