PENJELASAN :
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memperjelaskan dakwaan bahawa portal berita wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) sepertimana yang dilaporkan media.
Sumber gambar : MCMC
Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata KKMM sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan portal berita dalam talian yang layak untuk berdaftar dengan MCMC.
Beliau berkata cadangan itu bertujuan untuk menjadikan portal media di negara ini lebih bertanggungjawab dan memudahkan MCMC melakukan pemantauan jumlah pengunjung ke portal terbabit.
Katanya perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir sebelum ia dikemukakan kepada Peguam Negara menjelang akhir tahun.
SUMBER :