Produk Makanan Ringan Jenama Snek Ku Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
9721

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya produk makanan ringan jenama Snek Ku berstatus tidak halal dan mengandungi bahan ramuan daripada Kod E 631.

Kandungan mesej yang tular tersebut adalah seperti berikut:

“Hati-hati🚫❌
Jangan bagi anak makan jajan-jajan seperti ini!

Walaupun ada tanda halal di situ, namun tidak harus percaya dan diyakini semudah itu sahaja

#makananmenjadidarahdaging
#makananmembentukperibadi
#jauhimakanansyubhah “

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM:

Untuk makluman pengguna, produk makanan ringan jenama Snek Ku keluaran syarikat New Star Food Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Tular yang mendakwa Kod E 631 dari sumber yang tidak halal adalah tidak benar sama sekali. Perlu diketahui Kod E 631 merujuk kepada bahan aditif makanan dari kelas penambah perisa. Salah faham berkenaan isu status halal produk-produk yang menggunakan Kod E ini pernah dijawab oleh JAKIM sebelum ini:-

Portal Rasmi JAKIM

Perlu difahami jua bahawa produk yang menggunakan Kod E dan memperoleh pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM adalah halal dimakan tanpa was-was.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI