Negara Malaysia Tersenarai Dalam Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat?

TULAR:
724
Sumber gambar: videohive.net

PALSU:

Tular di media sosial satu laporan media yang melaporkan kononnya negara Malaysia tersenarai dalam Program Pengecualian Visa (VWP) Amerika Syarikat.


SEBENARNYA:

Laporan media bahawa Malaysia disenaraikan dalam Program Pengecualian Visa (VWP) Amerika Syarikat (AS) adalah tidak benar.

Wisma Putra memaklumkan pihaknya sudah merujuk kepada Kedutaan AS di Malaysia yang memaklumkan berita itu tidak benar dan tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat negara itu mengenainya.

“Banyak pihak bertanyakan perkara ini kepada kami sejak berita itu disiarkan dan viral sejak pagi tadi, ia tidak benar.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Wisma Putra

Berita Harian

Star Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI