MARA Melantik Pihak Ketiga Untuk Memproses Pembiayan MARA?

TULAR:
824

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan iklan kononnya pihak ketiga bagi mempross pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) :

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menafikan penglibatan agensi ini dalam pelantikan MARA International sebagai agen untuk memproses pembiayaan MARA sepertimana yang tular di media sosial. Semua urusan berkaitan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat semasa dan diuruskan oleh MARA sepenuhnya tanpa melibatkan pihak ketiga.

Walau bagaimanapun sentiasa wujud cubaan pelbagai pihak untuk memperdayakan orang ramai dengan mengaitkan nama MARA. 

Orang ramai juga dinasihatkan untuk merujuk ke pejabat MARA berhampiran atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MARA di talian 03-26132000.

SUMBER:

Facebok Majlis Amanah Rakyat


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI