Produk Minyak Masak Jenama Helang, Vesawit, Buruh Dan Knife Serta Air Mineral Spritzer Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
51027

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya produk minyak masak berjenama Helang, Vesawit, Buruh dan Knife serta air mineral Spritzer telah diputuskan haram oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 26 Mei 2014 kerana menggunakan gelatin lemak babi dan binatang yang tidak halal.

Kandungan mesej yang tular tersebut adalah seperti berikut:

“MINYAK MASAK CAP HELANG & VESAWIT SERTA AIR MINERAL SPRITZER MILIK SYARIKAT YEE LEE.

Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan pada 26 May 2014 bahawa minyak masak lam soon (cap helang & buruh) mengandungi gelatin lemak babi dan binatang tidak halal.

Namun masih ramai umat islam di malaysia masih lagi sujud dan tunduk dengan jenama tersebut.

Sebenarnya minyak masak Yee Lee (Helang & Ve Sawit) dan Lam Soon (Buruh & Knife) telah diharamkan. Sila google: Minyak Masak Helang Haram.

Bukankah kita ada pilihan, minyak masak keluaran felda seperti SAJI & ALIF pula keluaran Sime Darby. 
Selain itu juga telah ada beberapa jenama bumiputera lain seperti ADIBAH, LESONG dan terbaru jenama HAFEEZ keluaran Koperasi Pusat Tahfiz Selangor.

Kini syarikat yang sama iaitu Yee Lee yang mana beberapa tahun dulu air mineral Spritzer menjadi isu kerana berdekatan “jirat cina” di Air Kuning, Perak. Namun masih lagi wujud dan bermaharaja lela.

Kenapa stesyen minyak termasuk Petronas sendiri tidak menjual air GAU keluaran Pusat Tahfiz di Temerloh atau air minuman FAIZA. Ini kerana marketing air minuman kebanyakkan berbangsa cina.

Inilah caranya kafir nak lumpuhkan iman umat islam melalui makanan dan merosakkan anak dan cucu kita.”


Sila Sebarkan!!!


SEBENARNYA:

Bahagian Hab Halal JAKIM menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan keputusan sedemikian melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Untuk makluman, minyak masak jenama Helang dan Vesawit keluaran Syarikat Yee Lee Edible Oils Sdn Bhd, minyak masak jenama Knife dan Buruh keluaran Syarikat Lam Soon Oils Sdn Bhd serta minuman jenama Spritzer keluaran Syarikat Chuan Sin Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI