Produk Yang Menggunakan Kod E Dikaitkan Dengan Lemak Babi?

TULAR:
21422
Gambar hiasan : Sumber : JAKIM

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya kod E dikaitkan dengan kandungan lemak babi sepertimana yang tular di media sosial.

Versi Terkini. Tular: April 2019

Sumber gambar : Facebook

Versi Terdahulu. Tular: November 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mei 2014

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan pihak JAKIM:

Kekeliruan dan salah faham pengguna terhadap Kod E 441 mula timbul apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab kembali menularkan status halal produk-produk makanan yang mengandungi bahan aditif E 441. Untuk makluman, kod E 441 merujuk kepada pengkelasan bahan aditif makanan sama ada dari kelas penstabil, emulsifier, pemekat dan pelembap yang digunakan pada produk-produk makanan.

Perlu difahami bahawa produk yang menggunakan Kod E serta memperoleh pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM adalah halal dimakan tanpa was-was. Produk Nutella misalnya, mempunyai pengesahan halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT) iaitu salah satu badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Afrika Selatan .

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI