Waspada Laman Sesawang Palsu CIDB

TULAR:
996
Sumber gambar: icym.edu.my

WASPADA:

Orang ramai dan penggiat industri dinasihatkan agar berhati-hati dengan laman web palsu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di pautan
https://www.e-cidb.com.my/ .

Sumber gambar: Facebook

Pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memaklumkan bahawa laman web
https://www.e-cidb.com.my/ tiada apa-apa kaitan dengan CIDB.

Oleh yang demikian, orang ramai dan penggiat industri dinasihatkan tidak membuat sebarang transaksi dengn portal ini. CIDB Malaysia tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang bentuk proses permohonan perakuan pendaftaran atau pendaftaran kad personel binaan melalui laman web ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi CIDB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI