Makanan Laut Bercengkerang Di Selat Melaka Dicemari Logam Berat?

TULAR:
1954

PENJELASAN:

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ingin memberi maklumbalas berhubung penyiaran laporan media serta penularan isu di media sosial mengenai isu makanan laut bercengkerang di Selat Melaka dicemari logam berat.

Sumber gambar : Facebook

Untuk makluman umum, Malaysia mengeluarkan tiga spesies kerang-kerangan yang utama iaitu kerang, kupang dan tiram. Data pengeluaran kerang terkini mencatatkan sebanyak 12,482 tan metrik diikuti dengan kupang sebanyak 2,274 tan metrik dan tiram sebanyak 1,402 tan metrik. Sejak tahun 2013, DOF melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia di bawah Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (National Shellfish Sanitation Program – NSSP) yang melibatkan sampel kerang- kerangan ternakan dan liar.

Keputusan analisis pemantauan logam berat dalam sampel kerang-kerangan bagi Negeri Melaka (Sebatu), Johor (Air Baloi, Teluk Jawa dan Teluk Kabong) dan Pulau Pinang (Seberang Prai Selatan) mendapati tiada kes pelanggaran bacaan bagi parameter logam berat, berdasarkan kepada piawaian di bawah Akta Makanan 1983.

Bagi Negeri Selangor (Sungai Besar, Jeram dan Kapar) tidak mempunyai kes pelanggaran parameter plumbum dan merkuri, namun mempunyai pelanggaran bacaan parameter Kadmium bagi sampel kerang di Sungai Besar, Negeri Selangor pada akhir tahun lalu.

SUMBER:

Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI