Vaksin Meningitis Yang Dipalsukan Ada Dalam Pasaran Malaysia?

TULAR:
626
Sumber gambar: stockfreeimages.com

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia memperjelaskan laporan berkenaan kenyataan amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai penemuan vaksin Mencevax ACWY yang dipalsukan di Republik Niger. Vaksin Mencevax ACWY digunakan untuk mencegah Meningitis Type A, C, W dan Y.

Sumber gambar: kpkesihatan.com
Sumber gambar: kpkesihatan.com

Menurut kenyataan rasmi KKM:

Semakan Vaccine Lot Releasemendapati vaksin Mencevax ACWY dengan nombor kelompok yang dinyatakan dalam kenyataan amaran tersebut tidak pernah diimport untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Kali terakhir vaksin Mencevax ACWY diimport oleh Malaysia adalah pada Julai 2017. Walau bagaimanapun, status pendaftaran vaksin tersebut telah pun luput pada 31 Mei 2018 dan vaksin tersebut tidak lagi berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Bermula 1 Januari 2015, PBKD telah mensyaratkan Vaccine Lot Release dijalankan sebelum vaksin yang diimport dibenarkan untuk dipasarkan. Aktiviti ini adalah penting bagi memastikan produk vaksin di pasaran adalah berkualiti, selamat dan berkesan. Maklumat vaksin yang telah diberikan sijil Lot Release boleh diperolehi daripada laman sesawang https://www.npra.gov.my

KKM memandang serius isu vaksin yang dipalsukan. Pemeriksaan dijalankan dari masa ke masa untuk memastikan tidak ada produk vaksin yang dipalsukan di pasaran. KKM juga mengingatkan hospital swasta dan klinik swasta untuk membeli stok bekalan vaksin daripada pembekal-pembekal yang berlesen sahaja dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan vaksin dengan harga yang lebih murah daripada harga pembekal yang berlesen.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI