Teknologi 5G Jejaskan Kesihatan Manusia?

TULAR:
1138
Sumber gambar: freerangetsock.com

PENJELASAN:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperjelaskan dakwaan bahawa teknologi 5G boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

Orang ramai di negara ini tidak perlu bimbang mengenai pandangan-pandangan sesetengah pihak yang berpendapat bahawa teknologi 5G boleh menjejaskan kesihatan mereka seperti yang disebarkan dalam media sosial.

Menurut Profesor Dr. Tharek Abd Rahman, salah seorang Anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hingga kini tiada sebarang keputusan penyelidikan konklusif yang membuktikan teknologi 5G boleh mengundang kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Tegas beliau, kajian-kajian yang telah dijalankan setakat ini mendapati, pendedahan terhadap Medan Elektromagnet Frekuensi Radio (Radio Frequency Electromagnetic Field atau RF-EMF) adalah di bawah had yang disyorkan di dalam Garis Panduan International Commission on Non-ionizing Radiation Protection (ICNIRP).

“Pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpandukan kepada 25,000 artikel penyelidikan yang diterbitkan sepanjang tempoh 30 tahun lepas turut merumuskan, bukti-bukti sedia ada tidak mengesahkan wujudnya sebarang impak kesihatan akibat pendedahan kepada EMF berskala rendah.”

“Malah, tanggapan orang awam bahawa masalah sakit kepala, kemurungan, kebimbangan dan keletihan disebabkan oleh pendedahan terhadap EMF berskala rendah adalah tidak tepat. Ini keran bukti-bukti saintifik tidak menunjukkan apa-apa kaitan dengan simptom-simptom tersebut.”

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI