Cawangan Tabung Haji Kehabisan Wang Tunai, Berlaku Pengeluaran Wang Tunai Luar Biasa?

TULAR:
4186

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya cawangan Tabung Haji kehabisan wang tunai dan terdapat urusan pengeluaran wang tunai yang luar biasa.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Lembaga Tabung Haji:

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Dato’ Sri Zukri Samat berkata bahawa urusan pada hari ini adalah seperti biasa di kesemua cawangan TH dan tiada pengeluaran yang luar biasa.

“Cawangan kami melaporkan urusan seperti biasa dan dimaklumkan bahawa cawangan-cawangan kami juga menerima caruman deposit baru.”

“Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin yang tular di media sosial adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Lembaga Tabung Haji

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI