PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pengurusan dan pengendalian pendaftaran Enforcement Card (E-Kad) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah.
SEBENARNYA :
Menurut Jabatan Imigresen Sabah, tiada sebarang pengurusan dan pengendalian pendaftaran Enforcement Card (E-Kad) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin dilaksanakan di Sabah.
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporatnya, jabatan itu turut memaklumkan bahawa ia tidak ada melantik mahupun bekerjasama dengan mana-mana pihak sebagai ejen melaksanakan program E-Kad di Sabah.