Terdapat Aktiviti Pembalakan Haram Di Hutan Simpan Merapoh?

TULAR:
2011

PENJELASAN :

Jabatan Perhutanan Pahang memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat aktiviti pembalakan hutan atau perlombongan di kawasan hutan simpan Merapoh, Lipis, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Jabatan Perhutanan Pahang menegaskan tiada sebarang aktiviti pembalakan atau perlombongan berlaku di kawasan Hutan Simpan Merapoh, Lipis, seperti dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata, pembalakan yang didakwa itu sebenarnya berlaku di tanah milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) dan tidak melibatkan kawasan hutan simpan.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI