Program E-Kad Bagi PATI Dilaksanakan di Sabah?

TULAR:
1430

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pengurusan dan pengendalian pendaftaran Enforcement Card (E-Kad) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah.

Sumber gambar: Bernama.

SEBENARNYA :

Menurut Jabatan Imigresen Sabah, tiada sebarang pengurusan dan pengendalian pendaftaran Enforcement Card (E-Kad) bagi Pendatang Asing Tanpa Izin dilaksanakan di Sabah.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporatnya, jabatan itu turut memaklumkan bahawa ia tidak ada melantik mahupun bekerjasama dengan mana-mana pihak sebagai ejen melaksanakan program E-Kad di Sabah.

SUMBER :

Bernama

Facebook Bernama Radio

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI