Harimau Dikesan di Sungai Tengi dan Sungai Dusun, Hulu Selangor?

TULAR:
1880

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat dua ekor harimau dikesan di sekitar Sungai Tengi dan Sungai Dusun di daerah Hulu Selangor.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Selangor menafikan mengenai kehadiran dua ekor harimau di sekitar Sungai Tengi dan Sungai Dusun di daerah Hulu Selangor seperti yang ditularkan orang ramai di laman sosial.

Pengarah Perhilitan negeri, Abd Rahim Othman berkata, tiada sebarang aduan diterima pihaknya setakat ini.

Kata beliau, “Tak betul perkara itu (jumpa harimau). Saya juga ada dimaklumkan pegawai berhubung gambar berkenaan.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI