PENJELASAN :
Timbalan Perdana Menteri memperjelaskan dakwaan bahawa Program Permata tidak akan diteruskan sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Program Permata akan diteruskan.
Menurutnya, kerajaan melihat ia sebagai program baik dan tidak salah ia diteruskan demi perkembangan berkesan kanak-kanak di negara ini.
Bagaimanapun, kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, program itu akan dinilai dan diaudit kembali bagi menambah baik dan memperbaiki sekiranya ada kelemahan dalam program tersebut.