PENJELASAN :
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperjelaskan dakwaan bahawa projek Lebuh Raya Pan Borneo tidak akan diteruskan kerajaan baharu, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian berkata, sebagai peguam, beliau menghormati kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini.
Demikian penjelasannya berhubung status pakej-pakej projek Lebuh Raya Pan Borneo yang kini sedang giat dilaksanakan.
Tegasnya, pihaknya malah akan memastikan projek-projek tersebut siap dilaksanakan mengikut jadual.
Beliau bagaimanapun memberitahu, pihaknya sedang mengkaji status fasa kedua projek, terutama dari aspek terma dan syaratnya.