Pembinaan Bangunan Dengan Sistem IBS Punca Kelewatan Menyiapkan Sekolah-Sekolah Di Sarawak?

TULAR:
801

PENJELASAN :

Kementerian Kerja Raya memperjelaskan dakwaan bahawa kaedah Sistem Binaan Bersepadu (IBS) yang digunakan untuk pembinaan sekolah-sekolah di Sarawak adalah tidak sesuai, dan menjadi punca kelewatan menyiapkan projek-projek berkenaan.

Sumber gambar: Facebook.

Menteri Kerja Raya menjelaskan, bertentangan dengan persepsi orang ramai, kelewatan projek berkenaan bukanlah disebabkan oleh pembinaan yang menggunakan kaedah Sistem Binaan Bersepadu (IBS) ataupun ketidaksesuaiannya.

“Secara umumnya, kesemua sekolah yang menggunakan ‘lightweight’ sistem binaan berindustri (IBS) dilaksanakan secara teratur dan mengikut jadual yang tidak menjadi isu.”

Berbanding di Semenanjung, projek tersebut berhadapan kelewatan di Sarawak berikutan wujudnya isu bekalan komponen IBS dan lojistik.

“Saya difahamkan, di Sarawak ini kita berhadapan masalah dengan pengeluar bahan itu sendiri. Kita gagal menghasilkan komponen material yang lengkap untuk membina sekolah. Inilah yang mencetuskan masalah.”

SUMBER :

Astro Awani

Utusan Malaysia

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI