Menteri Di JPM Mengiktiraf Golongan LGBT?

TULAR:
1479

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM – Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam kenyataannya baru-baru ini.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan dakwaan bahawa beliau mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) berikutan kenyataannya mengenai golongan itu.

Beliau sebaliknya berkata kenyataan itu diputar belit di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persoalan serta kecaman beberapa pihak.

Beliau berkata, “Saya menafikan sekeras-kerasnya (mengiktiraf LGBT). kenyataan saya mengenai LGBT kononnya saya mengiktiraf golongan ini sudah di ‘spin’ (putar belit) dalam media sosial.

“Ingin saya jelaskan perbuatan sumbang mereka (golongan LGBT) yang bercanggah dengan agama, nilai moral kemanusiaan dan fitrah, kita tidak dapat terima dan tak mungkin negara juga menerima perkara berkenaan.

“Tetapi, sebagai rakyat Malaysia, daripada sudut hak mereka tidak disakiti, hak mereka untuk mendapatkan keadilan, sudah tentu kami akan jaga dan jamin seperti dalam Artikel 8 (Perlembagaan Persekutuan), iaitu setiap warganegara wajib dapat keadilan dan tidak boleh disakiti dan ditindas”.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI