Terdapat Dua Lagi Kanak-Kanak Cedera Di Bawah Jagaan Pengasuh Adam Rayqal?

TULAR:
486

PENJELASAN :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat dua orang kanak-kanak lagi yang berada di bawah jagaan pengasuh yang merupakan suspek utama kematian Adam Rayqal, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Polis mengesahkan tiada kesan penderaan ke atas dua lagi kanak-kanak lain yang dijaga pengasuh terbabit berkaitan kes kematian Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang mayatnya ditemui di dalam peti sejuk di rumah seorang pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selayang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan berhubung kematian bayi berusia lima bulan itu masih dijalankan.

Menurutnya, pihaknya telah membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak lain yang dijaga wanita berkenaan dan tiada kesan penderaan.

SUMBER :

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI