Penyertaan Anggota TLDM Pada Eksesais Rimpac Adalah Satu Pembaziran?

TULAR:
687

PENJELASAN :

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperjelaskan dakwaan bahawa penyertaan anggota dan pegawai TLDM pada eksesais Rim of the Pacific (Rimpac) adalah satu pembaziran sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, penyertaan anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada eksesais Rim of the Pacific (Rimpac) 2018 di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat bermula 27 Jun lepas bukan satu pembaziran.

Beliau sebaliknya berkata, penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.

Beliau menjelaskan, “Perjalanan KD Lekiu ke Hawaii dengan jarak lebih 11,000 kilometer mengambil masa 33 hari jelas membuktikan aset TLDM diselenggara dengan baik walaupun sudah berusia, dan sentiasa berdaya saing setaraf pasukan tentera laut negara asing”.

Beliau turut berkata, anggota dan pegawai TLDM turut memperoleh manfaat apabila berpeluang menjalani latihan bersama pasukan pelbagai negara dalam usaha memperkasa strategi ketenteraan dan menambah ilmu dari pelbagai aspek.

SUMBER : 

Astro Awani

Laman Facebook Rasmi TLDM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI