SPRM Membekukan Akaun Derma Untuk Membantu Bayaran Ikat Jamin Bekas PM?

TULAR:
797
Sumber gambar: Facebook

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengarahkan pembekuan akaun bank yang diwujudkan untuk membantu bayaran ikat jamin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

SPRM menafikan pihaknya mengarahkan pembekuan sebuah akaun bank yang diwujudkan untuk membantu bayaran ikat jamin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang arahan pembekuan akaun berkenaan.

Beliau menegaskan, “Pihak berkenaan sepatutnya merujuk kepada bank untuk mengetahui apakah punca akaun tersebut dibekukan”.

SUMBER :

Utusan Malaysia

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI