PENJELASAN :
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Pembangunan Insan negeri, Azman Nasrudin memperjelaskan dakwaan bahawa projek menaik taraf Terminal Feri Kuala Kedah tidak akan diteruskan sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Pembangunan Insan Negeri, Azman Nasrudin, kerajaan negeri akan meneruskan projek menaik taraf Terminal Feri Kuala Kedah pada 2019, dengan peruntukan sebanyak RM208 juta dalam Rancangan Malaysa Ke-11 (RMKe-11).
Tender projek itu akan dilakukan secara terbuka pada Disember 2018 dan kerja pembinaan dijangka mengambil masa tiga tahun.
“Kerja bagi projek terbabit akan dilakukan secara berperingkat berikutan ia akan membabitkan pemindahan bot nelayan kecil, peniaga serta penduduk berdekatan yang rata-ratanya adalah nelayan. Kita akan berbincang dengan nelayan berdekatan untuk mewujudkan situasi menang-menang supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar.”
SUMBER :