Proses Membuat Pasport Baharu Kini Enam Bulan?

TULAR:
543

PALSU :

Tular di laman sosial dakwaan bahawa tempoh urusan permohonan dan pembaharuan pasport yang dikatakan mengambil masa enam bulan berbanding kelaziman sebelum ini iaitu sekitar sejam pemprosesan.

Gambar Hiasan. Sumber: Malay Mail.

SEBENARNYA :

Jabatan Imigresen menafikan dakwaan bahawa proses membuat passport baharu memerlukan enam bulan untuk disiapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mus­tafar Ali meminta orang ramai tidak panik dan tergesa-gesa membuat pembaharuan pasport kerana bekalan pasport dijamin mencukupi.

SUMBER :

Jabatan Imigresen Malaysia

Twitter Jabatan Imigresen Malaysia

Utusan Malaysia

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI