PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa jika minyak petrol kenderaan diisi sehingga tangki penuh adalah penyebab utama kereta mudah terbakar ekoran daripada peningkatan suhu dan cuaca panas.
SEBENARNYA :
Mesej yang sedang tersebar menerusi aplikasi mesej telefon pintar yang mendakwa tangki yang diisi penuh dengan petrol mungkin meletup akibat gelombang haba pada masa kini telah dibuktikan palsu.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Profesor Wong Shaw Voon berkata, khabar angin itu adalah tidak benar, memandangkan teknologi serta penyelidikan semasa telah memikirkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan tangki dapat menampung petrol dengan selamat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul juga menafikan mesej yang mendakwa terdapat lima kejadian kenderaan dengan tangki penuh meletup disebabkan oleh haba dan kepanasan.
SUMBER :