PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat sebuah rakaman video pelajar yang dibuli di dalam kelas berlaku di Malaysia.
SEBENARNYA:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan video yang tular mengenai seorang pelajar yang dibuli di dalam kelas tidak berlaku di Malaysia.
Menurut Kementerian Pendidikan, kejadian itu berlaku di Singapura pada 9 Februari lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan.
SUMBER:
Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia