SPRM Lakukan Serbuan Ke Pejabat MB Selangor?

TULAR:
650

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan serbuan ke atas Pejabat Menteri Besar Selangor.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya melakukan serbuan ke atas Pejabat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, tiada serbuan dilakukan ke atas Pejabat Menteri Besar Selangor, sebaliknya suruhanjaya itu hanya pergi ke lima syarikat, termasuk sebuah firma guaman bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah di Ijok, Kuala Selangor.

“Saya pun tidak tahu dari mana sumber berita dikeluarkan. Sebenarnya tiada serbuan dibuat di pejabat menteri besar atau di pejabat kerajaan. Itu tindakan yang kita ambil setakat ini. Jadi, mengenai serbuan di pejabat menteri besar itu semua adalah berita palsu.”

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI