PENJELASAN :
Wisma Putra memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat warga Malaysia yang maut susulan gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut kenyataan rasmi Wisma Putra :
Setakat jam 00:15 (waktu Indonesia Barat), 6 Ogos 2018, Kedutaan telah berjaya menghubungi 84 orang warganegara Malaysia di beberapa lokasi di Lombok. Mereka dilaporkan berada di dalam keadaan selamat.
Kedutaan juga telah berjaya menghubungi para pelajar Malaysia yang menuntut di Bali dan mereka juga dilaporkan berada di dalam keadaan selamat. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) telah menarik kembali amaran tsunami yang dikeluarkan.
Warganegara Malaysia yang berada di Lombok adalah dinasihatkan untuk kekal berada di tempat yang selamat dan menghindari kawasan-kawasan yang berisiko termasuk bangunan yang mengalami kerosakan.