Cubaan Jenayah Culik Dan Curi Organ Di Serian, Sarawak?

TULAR:
590

PALSU :

Hangat diperkatkan di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes jenayah cubaan untuk menculik dan mencuri organ kanak-kanak di Serian, Sarawak.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata, mesej tular kononnya berlaku kes cubaan menculik kanak-kanak dan penjualan organ di Serian adalah tidak benar.

“Pihak polis menafikan ada berlakunya kes seperti itu di daerah Serian dan tiada laporan polis diterima setakat ini mengenai kejadian cubaan culik kanak-kanak.”

DSP Aswandy berkata, pihaknya juga telah memanggil seorang individu berumur 20 tahun yang didakwa hanya membuat salin dan tampal daripada sepupunya tanpa mengetahui jika maklumat berkenaan adalah sahih atau sebaliknya, dan memuat naik berita palsu itu ke akaun Facebooknya.

SUMBER :

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI