Menteri Pengangkutan Arah Batalkan Kesemua Saman Trafik JPJ Dan Polis?

TULAR:
4328

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Menteri Pengangkutan telah mengarahkan supaya kesemua saman yang tertunggak atau belum dijelaskan sebelum 9 Mei 2018 untuk dibatalkan.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan dari Kementerian Pengangkutan:

Kami ingin merujuk kepada kenyataan bahawa Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook telah memberikan arahan untuk membatalkan kesemua saman trafik tertunggak dan yang masih belum diselesaikan sebelum 09 Mei 2018 telah tular dan dimuatnaik oleh individu yang tidak bertanggungjawab di aplikasi sosial WhatsApp, Facebook dan sebagainya.

Pihak kami ingin menegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan tiada arahan sedemikian dikeluarkan pada 05 Ogos 2018 seperti yang didakwa.

Umum mengetahui bahawa YB Menteri kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Jepun. Malah, tiada perbincangan berhubung perkara ini pernah dibuat. Pihak kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawab sebegini.

Sebarang kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian dan orang ramai dinasihati agar merujuk kepada kementerian sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

SUMBER :

Facebook Menteri Pengangkutan

Twitter Kementerian Pengangkutan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI