Kesemua Jemaah Haji Tajaan Yayasan 1MDB Dibatalkan?

TULAR:
641

PENJELASAN :

Menteri di Jabatan Perdana Menteri memperjelaskan dakwaan bahawa kesemua jemaah haji di bawah program Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan akan menunaikan haji telah dibatalkan penajaan mereka.

 

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, sebahagian daripada 1,200 jemaah haji di bawah program khas Yayasan 1MDB akan diberi pertimbangan menunaikan haji, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan dan kesemua calon berkenaan perlu mencukupi syarat yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

“Saya sudah jumpa Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Kuota yang kita ada itu sebenarnya sudah mencukupi dan kita sebenarnya tidak boleh bagi lagi. Saya akan mengambil inisiatif dengan mengemukakan nama-nama mereka. Kalau cukup kriteria-kriteria di bawah Tabung Haji yang ada, akan diluluskan sebahagian. Tetapi, kalau tidak sesuai dengan kriteria, saya tidak dapat laksanakan.”

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI