PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya rambut mangsa kematian akibat terkena bilah mesin pemotong rumput di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, dijumpai masih melekat di mesin itu.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, bahan yang dijumpai di bawah mesin pemotong rumput tersebut bukan rambut mangsa seperti yang tular.
Tegas beliau lagi, mangsa cedera parah akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput yang terpelanting ke arahnya, dan bukan terperangkap pada bahagian bawah mesin rumput yang ditarik menggunakan traktor itu.
“Berikutan penyebaran gambar yang didakwa rambut mangsa tersangkut pada bahagian bawah mesin itu, sebenarnya itu adalah tali yang sememangnya ada di situ.”