Maklumat Dan Simpanan Ahli KWSP Terjejas Berikutan Kebakaran Di Bangunan KWSP Petaling Jaya?

TULAR:
1680
G

PENJELASAN:

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperjelaskan dakwaan bahawa maklumat dan simpanan ahli KWSP terjejas berikutan kebakaran di  bangunan KWSP cawangan Petaling Jaya sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar :Facebook

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa cawangan dan pejabat Petaling Jaya telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran di bangunan tersebut.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.”

Ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut. Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my.

SUMBER: 

Laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI