KKM Tidak Menyiasat Isu Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Jenama Dutch Lady Curious (900g) 1-2 Tahun Biasa?

TULAR:
832
Gambar hiasan . Sumber : KKM

PENJELASAN:

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa tiada siasatan dijalankan bagi isu susu tepung rumusan produk Dutch Lady Curious (900g) sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, ia sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keselamatan produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terbabit.

KKM menegaskan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak untuk jualan perlu mematuhi Peraturan 91B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

SUMBER: 
Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI