Pekerja Indonesia Merusuh Di Sebuah Kilang Papan Lapis Di Sungai Bidut, Sibu?

TULAR:
641
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pekerja Indonesia yang merusuh di sebuah kilang papan lapis di Sungai Bidut, Sibu.

Sumber gambar : Facebok

SEBENARNYA:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlakunya rusuhan oleh pekerja Indonesia di sebuah kilang papan lapis milik sebuah syarikat tempatan di Sungai Bidut.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata sekitar 700 hingga 800 orang pekerja dari negara itu hanya berdemonstrasi secara aman meminta supaya syarikat tersebut menghentikan potongan levi sebanyak RM101 setiap bulan yang dikenakan ke atas mereka.

Kejadian itu turut berlaku kerana ketidakpuasan hati pekerja mengenai waktu kerja yang dikurangkan oleh syarikat serta gaji yang diterima adalah kurang.

“Keadaan terkawal. Tiada kekacauan. Pasukan kita dari pelbagai bahagian telah ke sana dan syarikat telah bersetuju untuk berbincang dengan para pekerja.”

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI