Sistem KWSP Tergendala Akibat Kebakaran?

TULAR:
1126

PENJELASAN:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperjelaskan dakwaan bahawa sistem KWSP tergendala ekoran kebakaran yang berlaku di pejabatnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor.

Sumber gambar: Whatsapp.

Menurut KWSP, berikutan kebakaran pada pagi 13 Februari 2018, pejabat dan cawangan KWSP Petaling Jaya ditutup sehingga diumumkan kelak. KWSP memberi jaminan bahawa semua operasi adalah seperti biasa. Ahli dan majikan yang ingin menjalankan transaksi boleh ke cawangan terdekat seperti cawangan Jalan Raja Laut, Wangsa Maju, Jalan Raja Chulan, Kepong, Puchong atau Shah Alam.

SUMBER:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI