Ramyeon – Samyang Dikhuatiri Tidak Halal?

TULAR:
12072

PALSU :

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya ramuan makanan mi segera Ramyeon – Samyang daripada Korea dikhuatiri tidak halal.

Versi Terkini. Tular: September 2017

Sumber gambar: facebook.com

Versi Terdahulu. Tular : Mei 2016

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan berkenaan isu tular mi segera Ramyeon Samyang pernah dijelaskan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 13 Jun 2016 yang lalu.

JAKIM menyatakan status HALAL mi Segera Ramyeon Samyang diragui kerana menggunakan mesin yang sama dengan produk tidak halal adalah tidak benar.

Menurut JAKIM, produk tersebut merupakan pemegang Sijil Halal dari Korean Muslim Federation (KMF) yang merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Negara Korea Selatan.

 SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM (TERBARU)

Bahagian Hab Halal JAKIM

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI