Mangsa Kemalangan Rentung Di Machap ?

TULAR:
555

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia(PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kejadian kemalangan maut dan mangsa dikatakan rentung di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Machap.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, mangsa sempat dikeluarkan orang awam di tempat kejadian sebelum kereta berkenaan terbakar.

“Mangsa dikeluarkan orang awam di tempat kejadian sebelum ketibaan kakitangan kecemasan tetapi disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketika itulah kereta berkenaan tiba-tiba terbakar,” kata beliau.

SUMBER : 

Berita Harian

 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI