Tawaran Pembinaan Rumah Oleh Syarikat Swasta Dengan Harga Mampu Milik Yang Rendah ?

TULAR:
475

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan tawaran pembinaan rumah oleh syarikat-syarikat swasta dengan harga mampu milik serendah harga promosi RM40,000 dengan tempoh pembinaan dari 6 ke 12 bulan seperti yang tular di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber: kpkt.gov.my

Pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) memperjelaskan bahawa model perniagaan yang menawarkan skim pembinaan rumah mampu milik oleh syarikat swasta tersebut adalah tidak dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 (Akta 118) dan peraturan-peraturan.

Orang awam dinasihatkan agar memastikan kesahihan skim tawaran oleh syarikat tersebut serta memahami sepenuhnya skim ini terlebih dahulu sebelum membeli rumah idaman mereka. Ini bagi mengelakkan orang awam daripada menjadi mangsa syarikat yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka.

SUMBER :

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI