LZS Akan Memberi Bantuan RM400 Kepada Ibu Bapa Yang Mempunyai Tiga Anak Bersekolah?

TULAR:
1757

PALSU :

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan memberi bantuan RM400 kepada ibu bapa yang mempunyai tiga anak bersekolah pada awal tahun 2016.

Versi Terkini. Tular: September 2017

Sumber gambar: WhatsApp

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2016

Sumber gambar: zakatselangor.com.my

SEBENARNYA :

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan maklumat berkenaan bantuan RM400 yang diberikan kepada ibu bapa mempunyai tiga anak bersekolah pada tahun 2016, seperti yang tersebar dan menjadi tular melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak awal Januari 2016.

Sehubungan dengan itu, LZS memohon semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang ditularkan. Sebarang kenyataan rasmi LZS dikeluarkan melalui laman web www.zakatselangor.com.my atau facebook LembagaZakatSelangor.MAIS.

SUMBER :

Lembaga Zakat Selangor

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI