PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang remaja telah putus kaki kirinya kerana terlibat dalam kemalangan ketika bermain basikal lajak.
SEBENARNYA :
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanudin Hassan menafikan bahawa kejadian seorang remaja 13 tahun yang putus kaki kiri di Lata Bijih, Tanah Merah adalah berpunca daripada kemalangan melibatkan basikal lajak, sebaliknya, kejadian itu disebabkan oleh motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan.
“Sekarang ini kejadian tersebut tular melalui media sosial, ada yang mengatakan mangsa ini naik basikal laju dan sebagainya, fakta itu tidak betul. Remaja terbabit koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tanah Merah.”
SUMBER :