Pemandu Lori Dibelasah Di MCKIP?

TULAR:
686
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Pihak Polis memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat insiden seorang pemandu lori  dipukul di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) sehingga membawa kepada tindakan sekumpulan lelaki merusuh di taman berkenaan.

Sumber gambar : Facebook

Polis menegaskan akan menjejaki individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu sehingga membawa kepada tindakan sekumpulan lelaki merusuh di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Gebeng.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali berkata, kejadian itu telah mengakibatkan empat pengawal keselamatan warganegara China cedera dipukul termasuk seorang patah kaki kiri oleh sekumpulan 50 hingga 60 lelaki.

“Setakat ini kita telah memanggil kesemua pengawal yang bertugas malam tersebut untuk direkodkan keterangan mereka dengan bantuan jurubahasa. Ia bagi melengkapkan siasatan.

“Polis percaya tindakan sekumpulan lelaki tersebut adalah berpunca daripada satu berita yang disebarkan dalam Facebook menyatakan seorang pemandu lori mati dipukul di MCKIP.

“Justeru polis menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai dan berhenti menyebar berita palsu. Orang ramai perlu mengambil kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu serta jangan sesekali bertindak sendiri.”

 

SUMBER :

Facebook Rasmi Pois Diraja Malaysia

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI