PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononya terdapat kes rompakan bersenjata di Bukit Berapit, Parit, Perak dimana mangsa dihentikan kenderaannya dengan pebagai cara sebelum dirompak dengan senjata.
SEBENARNYA :
Polis menafikan berlaku kejadian rompakan bersenjata di kawasan Bukit Berapit, Parit di sini yang tular dalam laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian samun atau rompakan yang dikatakan berlaku di kawasan itu.
SUMBER :