134 Kes Macau Scam Babitkan Kerugian RM4.6 Juta Di Negeri Kedah?

TULAR:
697
Gambar hiasan. Sumber: irs.com

WASPADA :

Orang Ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan sindiket penipuan Macau Scam yang telah membabitkan kerugian sebanyak RM4.6 Juta di negeri Kedah sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : PDRM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Supt Chan Teck Paing berkata sebanyak 134 kes Macau Scam yang membabitkan kerugian kira-kira RM4.6 juta dilaporkan di Kedah sepanjang tahun 2017. Beliau berkata mangsa membabitkan rakyat tempatan yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan termasuk suri rumah yang telah terpedaya dengan memindahkan wang ke akaun sindiket yang beroperasi di negara jiran.

“Melalui siasatan kami dapati sindiket sudah mula merekrut anak tempatan terdiri kaum Melayu menyebabkan statistik kes tahun lalu didominasi oleh 93 mangsa orang Melayu, 34 kaum Cina dan India tujuh kes. Mereka yang menjadi mangsa juga adalah ahli perniagaan, guru, pekerja kewangan dan suri rumah.”

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan penipuan sindiket ini dan menghubungi pihak berwajib jika ragu-ragu dengan panggilan yang diterima.

SUMBER :

Berna\ma 

Utusan

 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI