Kerajaan Tidak Komited Menyediakan Pendidikan Prasekolah Bagi Murid Kaum India?

TULAR:
630

PENJELASAN :

Pihak kerajaan memperjelaskan dakwaan bahawa pihak kerajaan tidak komited untuk menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti kepada anak-anak kaum India sebelum memasuki Tahun Satu.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Unicef

Menurut Datuk Seri Dr S. Subramaniam, kerajaan komited untuk menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti kepada anak-anak kaum India sebelum memasuki Tahun Satu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam Bajet 2018 peruntukan RM10 juta untuk membina 50 prasekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Selain itu, katanya kerajaan melalui Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC), Jabatan Perdana Menteri juga menyampaikan sumbangan khas untuk pembelian kelengkapan perabot bagi prasekolah baharu.

“Dengan peruntukan ini, ia masih tidak mencukupi. Sehubungan itu, untuk jangka masa pendek, kerajaan menyokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan pendidikan prasekolah untuk murid-murid kaum India dengan memberi peruntukan RM7 juta untuk membiayai gaji guru-guru. Dengan inisiatif ini, 7,000 murid tambahan telah mengikuti pendidikan prasekolah sebelum memasuki Tahun Satu.”

SUMBER : 
Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Bernama

Utusan Online

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI