Indeks Jenayah Di Kuching Meningkat?

TULAR:
331
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kadar jenayah di Kuching meningkat pada tahun 2017.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut  Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Superintendan  Abang Ahmad Abang Julai, indeks jenayah di Kuching mencatatkan penurunan kepada 1,554 kes sepanjang tahun 2017 berbanding 1,610 kes pada tahun 2016.

Beliau berkata pada masa sama tahap keselamatan bandaraya dilihat terus mendapat kepercayaan ramai apabila kajian dijalankan Universiti Utara Malaysia (UUM)  mendapati 86 peratus responden mengatakan bandaraya Kuching amat selamat untuk dilawati.

“Meskipun kajian tersebut menunjukkan peratusan yang positif, namun polis tetap akan terus berusaha keras untuk menjadikan bandaraya ini bebas jenayah.”

SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia

Sinar Harian

 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI