50,000 Pekerja Akan Diberhentikan Kerja Tahun 2018?

TULAR:
1101

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperjelaskan dakwaan bahawa 50,000 pekerja akan diberhentikan tahun ini,disebabkan oleh peningkatan kos menjalankan pekerjaan, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menteri MITI,  Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia sedang beralih daripada ekonomi berintensifkan buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Kata beliau,  meskipun terdapat pemberhentian pekerja, ramai yang akan diambil semula oleh perniagaan baharu dan sedang berkembang dan jumlah pembuangan pekerja tahun ini mungkin tidak seramai yang dijangkakan.

Pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2017 dan unjuran 5.0 hingga 5.5 peratus pada 2018, akan membawa kesan positif kepada peluang pekerjaan, dan setakat ini 2.26 juta pekerjaan telah diwujudkan di bawah Program Transformasi Ekonomi.

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI